Skip to main content

PROGRAM MENGENANG TOKOH NEGARAWAN ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK


Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Cawangan Pahang telah dipilih oleh Jabatan Arkib Negara, sebagai tempat pelaksanaan program seperti di atas. Program ini akan berlangsung pada 7 - 9 Julai 2011, yang melibatkan beberapa kawasan utama iaitu parking kenderaan pelajar (Dataran Integrasi), DSG, Audi 1 & 2, gelanggang sukan, padang ragbi serta rumah tamu.

Di samping itu, Majlis Perasmian Program ini akan diadakan pada 7 Julai 2011, jam 3.00 ptg dan akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri.

Bagi menyambut kedatangan YAB PM, ramai pelajar akan terlibat secara langsung terutamanya pelajar bah. 1 & 2. Untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, saya ingin menarik perhatian YH Dato'/Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan untuk membuat persiapan awal, terutamanya proses penggantian kuliah bagi pelajar bahagian 1 & 2 untuk kuliah pada 6 & 7 Julai 2011. 

Makluman awal ini untuk memudahkan proses raptai dan lain-lain acara yang melibatkan para pelajar secara ramai, serta melicinkan proses pembelajaran mereka.

Comments

Popular posts from this blog

UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per

Archive Collection : Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021

   20 Disember 2021 Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021 Archive Collection diterbitkan bagi mempromosikan koleksi bahan arkib kepada warga universiti oleh Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang. Diskripsi : Senarai nombor telefon setiap bahagian di UiTM Cawangan Pahang Online Finding Archive (OFA) KLIK SINI   sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di : https://pahang.library.uitm.edu.my/ LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari : https://www.facebook.com/library.uitm.pahang Sekian, terima kasih.