Skip to main content

PEMUSNAHAN REKOD AWAM UiTM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA OLEH UNIT ARKIB UNIVERSITI, PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI


Tahun 2017 dimulakan dengan kerja-kerja pemusnahan rekod awam UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka pada 20 Januari 2017 (Jumaat)  yang lalu oleh Unit Arkib Universiti, Perpustakaan Al-Bukhari. En Norhazlan B. Nordin selaku Ketua Unit Arkib Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama semua staf perpustakaan telah berjaya melaksanakan proses pemusnahan rekod yang melebihi tempoh simpanan setelah mendapat kelulusan daripada Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang. Pelupusan rekod ini akan meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran dengan melaksanakan pelupusan rekod secara efisien dan sistematik, serta dapat menjimatkan perbelanjaan dan ruang dengan mematuhi keperluan perundangan.

Sejumlah 42 tajuk siri dengan 4.17 meter panjang rekod telah dimusnah dengan cara merincih menggunakan mesin rincih di Unit Pengurusan Harta Benda, Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pahang. Ia merupakan kejayaan pertama dalam melaksanakan proses pemusnahan rekod sejak mengambil alih tugas dan tanggungjawab pengurusan fail dan rekod dari Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Pahang sejak setahun yang lalu.

Untuk makluman, pada 01 Februari 2016 pihak UiTM Cawangan Pahang telah meletakkan Unit Arkib Universiti, UiTM Cawangan Pahang di bawah seliaan Perpustakaan Al-Bukhari. Ini berikutan dari penstrukturan semula jabatan yang dibuat oleh Pejabat Pendaftar pada tahun 2015, yang telah meletakkan Bahagian Arkib di bawah tanggungjawab pengurusan Pejabat Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Unit Arkib Universiti diwujudkan untuk menyelaraskan Sistem Pengurusan Rekod dan Arkib Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Jengka dan Kampus Raub. Selain itu, Unit Arkib ini juga berperanan menyelaras Galeri UiTM Cawangan Pahang yang akan mempamerkan sejarah serta kecemerlangan UiTM Cawangan Pahang sejak penubuhannya.

Pada tahun 2017, unit ini akan berkembang lagi bagi melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan & pendigitalan bahan selepas pembelian peralatan bagi kerja-kerja berkaitan diperolehi.








Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...