Skip to main content

Ulasan Buku : Solat 60 Tahun Tapi Tidak Diterima

 08 Januari 2021

Solat 60 Tahun Tapi Tidak Diterima

Penulis : Fahrur Mu'is Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2015 ISBN : 9789678604659 No. Panggilan : BP184.3.F34 2015

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguh seseorang telah solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak ada yang diterima. Boleh jadi dia menyempurnakan rukuk, tetapi tidak menyempurnakan sujud atau dia menyempurnakan sujud, tetapi tidak menyempurnakan rukuk."
(HR Abu al-Qasim al-Asbahani; hadith hasan)

Solat adalah amalan yang paling penting dalam Islam. Jika solat seseorang itu baik, maka baik pula seluruh amalannya. Sebaliknya, jika solat seseorang itu buruk, maka urusannya yang lain pun akan menjadi semakin buruk. Dengan maksud lain, solat yang dilaksanakan merupakan tanda ukur keislaman seseorang. Fenomena yang terjadi sekarang menunjukkan bahawa ramai orang yang solat tetapi tidak menghadirkan kekhusyukan. Meraka hanya solat dengan sebutan bacaan dan gerakan tanpa memahami dan menghayatinya. Jadi lahirlah seseorang yang rajin solat, tetapi turut melakukan dosa kepada ALLAH SWT. Pengaruh solat bagi seseorang hamba dapat dilihat daripada kualiti solat yang didirikannya. Buku ini akan merungkaikan segala persoalan mengapa solat yang kita laksanakan selama ini tidak memberi kesan yang baik kepada kita. Begitu juga faktor-faktor yang boleh menyebabkan solat menjadi sia-sia dan tidak diterima.




Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2)

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2) Collection for library users to obtain past year examination question papers of the University from all of UiTM's faculties Want to score in your final exam? Click on https://ptarapps.uitm.edu.my/login Note: The system only provides exam papers, not ANSWERS SCHEME Check out our teaser: https://youtu.be/zFB2e_xdwSE . #libphg #keluargauitm #uitm #uitmdihatiku #libraryforalll  

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...