Skip to main content

Ulasan Buku : Langit ILAHI : Tuhan Tidak Lupakan Kita

 13 Januari 2021

Langit ILAHI : Tuhan Tidak Lupakan Kita

Penulis : Hilal Asyraf
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Tahun Terbitan : 2009
ISBN : 9789830972152
No. Panggilan : BP188.2.H55 2009

Kita hakikatnya berada di bawah LANGIT ILAHI. Kita berada di bawah naungan-Nya, setiap masa, setiap saat, setiap detik. Kembali kepada Allah, barulah kita akan terlepas dari segala kecelaruan yang mengikat jiwa kita hari ini. Kembali kepada Allah, barulah kebahagiaan yang sebenar itu akan kita kecapi.

Bersama kita menelusuri helai demi helai tazkirah di dalam buku ini. Kita bersama-sama muhasabah, berkongsi, berfikir dan koreksi diri. Mari kita teliti kehidupan kita!

Pensyarah bertanya, “Bicara siapakah ini?” Inilah bicara penderhaka-penderhaka, yang ingkar kepada Allah di dunia setelah melihat balasan mereka di akhirat. Akhirnya mereka percaya akan Allah SWT, namun sudah terlewat. Lalu apakah faedahnya bicara mereka kepada kita di dunia?

Apabila kita mendengar bicara mereka, tidakkah kita sedar bahawa mereka memberi peringatan kepada kita supaya tidak berlaku seperti mereka.

Dalam halusnya mereka berkata: “Hai manusia yang masih hidup, kami telah melakukan kesilapan yang besar dan kami tidak dapat pulang, maka untuk kamu yang masih hidup, janganlah kamu mengikuti jalan kami yang sesat.”

"Andai mendongak Langit,
adakah itu tandanya sombing dan lupa diri?
Tiadakah di sana kasih ILAHI yang dicari?
LANGIT ILAHI - di sini kasih terpatri!"



 


Comments

Popular posts from this blog

UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per

Archive Collection : Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021

   20 Disember 2021 Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021 Archive Collection diterbitkan bagi mempromosikan koleksi bahan arkib kepada warga universiti oleh Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang. Diskripsi : Senarai nombor telefon setiap bahagian di UiTM Cawangan Pahang Online Finding Archive (OFA) KLIK SINI   sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di : https://pahang.library.uitm.edu.my/ LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari : https://www.facebook.com/library.uitm.pahang Sekian, terima kasih.