05 Mac 2021
Library Outreach bersama Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) 2021
Perpustakaan Al-Bukhari telah mengadakan program Library Outreach bersama Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) 2021, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dan Kampus Raub anjuran oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.
Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan medium aplikasi goggle meet dan taklimat disampaikan oleh Pustakawan Kanan, Perpustakaan Al-Bukhari dan PTAR Raub. Program ini adalah bertujuan menyampaikan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan kepada warga UiTM Cawangan Pahang supaya dapat mengetahui lebih mendalam fungsi perpustakaan yang sebenarnya serta sesi suaikenal, bertukar pendapat dan cadangan.
Seramai 19 orang MPP dari UiTM Cawangan Jengka dan Raub telah terlibat dalam Library Outreach di sepanjang program ini berlangsung.
Comments
Post a Comment