Skip to main content

Ulasan Buku : Malam Pertama di Syurga

 2 Mac 2021

"Anas r.a. pernah berkata, Mahukah kalian aku beritahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan didengari oleh manusia (yang masih hidup)? Hari yang pertama adalah hari di mana datang kepadamu pembawa berita dari Allah, baik dengan membawa keredhaan-Nya ataupun murka-Nya (hari kewafatan), dan kedua iaitu hari di mana kalian dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal, dengan tangan kiri atau dengan tangan kanan. Sedangkan dua malam, adalah malam pertama kali di dalam kubur dan malam di mana pagi harinya dilenyapkan tatkala terjadinya Hari Kiamat."

Malam Pertama di Syurga

Penulis : Adil Akhyar
Penerbit : Pustaka Azhar
Tahun Terbitan : 2008
ISBN : 9789833092857
No. Panggilan : BP166.87.A356 2008

“Malam pertama” di syurga adalah gambaran kehidupan insan-insan yang berjaya di sisi Allah SWT sehingga mereka layak bergelar “ahli Jannah”.

Sebenarnya di syurga tiada dihadkan oleh dimensi ruang waktu, sehingga tiada malam ataupun siang disana. Adapun “malam pertama” di syurga hanyalah sebuah perumpamaan betapa indahnya syurga, sehingga lebih indah daripada

malam-malam pertama pengantin baru. Rumah atau istana di syurga tentunya tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana istana di dunia. Keindahan dan kemewahan syurga tidak dapat dibanyangkan.

Ia mengingatkan kita supaya sentiasa beramal dengan amalan-amalan ahli syurga seperti firmanNya bermaksud : “(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia) dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (yang selamat itu).”



Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2)

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2) Collection for library users to obtain past year examination question papers of the University from all of UiTM's faculties Want to score in your final exam? Click on https://ptarapps.uitm.edu.my/login Note: The system only provides exam papers, not ANSWERS SCHEME Check out our teaser: https://youtu.be/zFB2e_xdwSE . #libphg #keluargauitm #uitm #uitmdihatiku #libraryforalll  

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...