Pada 6 Jun 2023, Universiti Malaya telah mengadakan majlis pelancaran Universiti Malaya Open Science (UMoS), yang menampilkan beberapa syarahan oleh panel-panel dari pelbagai latar belakang sains.
Perpustakaan Al-Bukhari telah mendapat peluang untuk menyertai sebagai pempamer di majlis tersebut. Program ini membolehkan Perpustakaan Al-Bukhari mempamerkan projek-projek Citizen Science yang telah dilakukan di Cawangan UiTM Pahang. Selain itu, majlis tersebut juga berfungsi sebagai platform bagi komuniti sains untuk berkongsi pengalaman dan berinteraksi antara satu sama lain.
Comments
Post a Comment