Skip to main content

 Tarikh : 7 Jun 2023

Hari : Rabu
Pada 07 Jun 2023 (Rabu)pihak Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, berbesar hati menerima kunjungan daripada bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan (PK) Kementerian Dalam Negeri Pahang.
Kunjungan ini adalah untuk menjalinkan kerjasama bagi menjayakan Program Komuniti : Ke Arah Sifar Al-Quran Tiada Perakuan KDN (Jom Exchange Al-Quran -JEQ) bersama Unit Hal Ehwal Agama Islam (UHEI) dan Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang, dan dapat menyokong SDG 4 : Quality Education serta SDG 17: Partnerships to achieve the Goal yang mana memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Semoga usahasama yang murni ini dapat dijalankan dengan jayanya bagi mengurangkan bilangan Al-Quran yang tiada perakuan dalam kalangan komuniti di Negeri Pahang dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...

Asrama Kompleks Tok Gajah Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang

Penempatan Asrama Kompleks Tok Gajah Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang   Jom Cuci Mata