Skip to main content

Community Outreach Programme


 🗓️Tarikh: 8 September 2023

🕙Masa: 10:10 am – 10:15 am 📍Tempat: Sk Kampung Pagi Program ini disertai oleh murid darjah 1 sehingga darjah 6 di SK Kampung Pagi. Pelbagai aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut bagi menguji kefahaman murid disamping kesungguhan untuk menghafal. Aktiviti yang dijalankan ini amat bersesuaian dengan agenda pendidikan di Malaysia kerana dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Walaupun sekolah ini terletak sedikit pedalaman tidak mematah semangat anak murid di sini untuk terus menimba ilmu. Kesungguhan para guru juga patut diberi kredit sehinggakan sanggup berkorban demi anak murid di sini. Kami sertakan sedikit gambaran suasana atau keadaan di sekolah ini. Sungguhpun tidak ramai murid ianya amat memberi pendedahan yang cukup baik kepada anak murid di sini. Kerjasama semua pihak termasuk pihak ibu bapa di sini menjadikan anak mereka akan dapat mencipta kejayaan tidak kira apa jua bidang yang akan diceburi. Moral anak anak di sini akan meningkat naik dengan adanya program program seperti ini sehinggakan ianya boleh menjadi salah sebuah program tahunan kepada anak murid di sini. Kami sertakan senarai aktiviti yang telah dilakukan oleh pihak kami bagi memupuk semangat cinta akan ilmu terutamanya isi isi kandungan yang terdapat di dalam buku.



Slot 1-BRAIN GYM Aktiviti yang pertama yang dilakukan adalah sesi perkenalan bersama fasilitator. Fasilitator membahagikan peserta kepada 5 kumpulan. Sesi “ice breaking” dimulai oleh Cik Muniratul Husna dengan melakukan “brain gym”. Para peserta diminta untuk meniru pergerakan fasilitator. Tujuan “brain gym” dilaksanakan bagi mengasah tahap tumpuan peserta terhadap pergerakan yang di gayakan. Tumpuan peserta amat diperlukan untuk menggayakan pergerakan fasilitator sambil diiringi dengan muzik yang menyeronokkan . Peserta dilihat agak seronok menggayakan pergerakan sehingga tamat muzik. Ada segelintir peserta yang dilihat membuat pergerakan dengan amat pantas sekali disebabkan oleh tumpuan yang diberikan amat tinggi. Sesi ini amat bagus dilakukan supaya anak murid kekal aktif dalam melakukan aktiviti aktiviti seterusnya. Facilitator juga dilihat melakukan gaya dengan penuh semangat sekali bagi menarik tumpuan mereka terhadap gaya yang dilakukan. Kredit perlu diberikan kepada semua peserta kerana sangat bersemangat untuk meniru gaya fasilitator ketika itu.



Slot 2-Celik Maklumat: Get to know your book & pembentangan kumpulan. Dalam sesi ini peserta telah duduk bersama ahli kumpulan untuk memulakan sesi menilai isi kandungan buku yang diberikan kepada kumpulan mereka.Fasilitator memberikan 3 naskah buku kepada para peserta. Peserta perlu memilih salah sebuah buku dan membacakan kepada ahli kumpulan. Hanya seorang wakil dalam kumpulan menawarkan diri untuk membacakan buku yang dipilih supaya ianya tidak akan membuang banyak masa untuk membaca secara individu. Ahli kumpulan yang lain dilihat mendengar dengan penuh dedikasi supaya dapat memahami isi kandungan atau jenis cerita yang terdapat dalam buku tersebut.Peserta perlu mengenal pasti tajuk buku dan pengajaran yang diperolehi daripada buku tersebut. Selepas 5 minit, peserta perlu membentangkan kepada peserta yang lain. Dalam pembentangan tersebut menyaksikan peserta menerangkan buku dengan amat tepat sekali. Hal ini demikian kerana anak murid ini membaca dengan penuh kefahaman di samping dapat menentukan pengajaran yang terdapat dalam buku tersebut. Setiap kumpulan dilihat dapat menerangkan pengajaran dengan amat baik sekali kepada peserta lain. Ketika itu, Fasilitator akan memilih kumpulan secara rawak bagi membentangkan buku mereka kepada peserta yang lain. Dalam sesi ini juga dapat menyaksikan kesungguhan peserta untuk memahami isi kandungan buku yang dipilih. Walaupun buku yang diberikan berbentuk fiksyen ianya bukanlah satu masalah kepada mereka. Buku yang diberikan amatlah bersesuaian dengan standart kerana ianya mampu memberikan gambaran bahawa buku yang dipilih amat seronok untuk dibaca


Selain mampu melihat kesungguhan peserta untuk memahami kandungan buku, amalan membaca juga telah diterapkan kepada peserta sehinggakan ada peserta yang menawarkan diri untuk membaca. Perkara ini amat positif jika dilihat kerana dunia hari ini dilihatkan amalan membaca buku seolah semakin dilupakan. Kebanyakan orang di luar sana tidak mengetahui akan kelebihan membaca buku dan mengganggap amalan membaca ini membosankan. Oleh itu, aktiviti ini mampu memberi kesedaran kepada peserta untuk membaca tidak kira buku atau bahan lain.



Sesi 3-Penutup dan penyampaian hadiah Tidak sah sekiranya tamat program tidak mempunyai hadiah untuk disampaikan. Sesi yang terakhir yang pasti ditunggu tunggu oleh peserta semestinya penyampaian hadiah. Penyampaian hadiah ini telah disampaikan oleh guru besar SK Kampung Pagi untuk menyerahkan hadiah kepada peserta. 3 kumpulan terbaik akan menerima hamper, & peserta terbaik akan menerima hadiah berbentuk alat tulis. Walaupun hadiahnya tidaklah begitu mewah akan tetapi keseronokkan terpancar di wajah anak murid yang terlibat. Peserta begitu teruja menerima hadiah hasil daripada kesungguhan mereka menyertai program ini. Diharapkan setiap pengisian di dalam program ini membuahkan hasil kepada sistem akademik mereka di sekolah ini. Sekian terima kasih dari warga PAB. #terimakasihwargaskkgpagi #terimakasihsemua #uitmdihati #PAB






Comments

Popular posts from this blog

UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per

Archive Collection : Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021

   20 Disember 2021 Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021 Archive Collection diterbitkan bagi mempromosikan koleksi bahan arkib kepada warga universiti oleh Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang. Diskripsi : Senarai nombor telefon setiap bahagian di UiTM Cawangan Pahang Online Finding Archive (OFA) KLIK SINI   sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di : https://pahang.library.uitm.edu.my/ LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari : https://www.facebook.com/library.uitm.pahang Sekian, terima kasih.