🎉 Tahniah kepada Para Pemenang!
Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, pertandingan Celik Jawi: Jawi di Hati (Individu) telah dianjurkan bagi memperkukuh kecintaan terhadap tulisan Jawi dalam kalangan warga kampus. Program ini merupakan inisiatif murni untuk memartabatkan tulisan Jawi sebagai warisan budaya bangsa yang mencerminkan jati diri serta sejarah ketamadunan Melayu-Islam di Malaysia.
🌟 Senarai Pemenang:
🏆 Tempat Pertama: Norhafidzan bin Mahbob
🥈 Tempat Kedua: Siti Nur Fatihah binti Mamat
🥉 Tempat Ketiga: Norasidah binti Haron
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang atas kreativiti dan usaha dalam menonjolkan kecintaan terhadap tulisan Jawi. Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus memartabatkan tulisan Jawi sebagai warisan budaya bangsa yang perlu dipelihara sepanjang zaman.
#libphg
#pabmembaca
#libraryforall
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
Comments
Post a Comment