Skip to main content

Tahniah kepada Pemenang Khazanah Alam KACC 2.0 – Campus Challenge 2.0

 Tahniah kepada Pemenang Khazanah Alam KACC 2.0 – Campus Challenge 2.0

Program Khazanah Alam KACC 2.0 – Campus Challenge 2.0 yang dianjurkan oleh Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah berjaya menarik penyertaan warga kampus dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian biodiversiti dan pemeliharaan alam sekitar.
Pertandingan ini memberi peluang kepada peserta untuk menjalankan pemerhatian terhadap flora dan fauna di sekitar kampus serta memuat naik hasil pemerhatian mereka bagi tujuan dokumentasi dan pendidikan alam sekitar.
Ucapan tahniah diucapkan kepada:
🏆 Mohd Ismail bin Zainudin (ONEPIS)
Pemenang bagi dua kategori utama:
• Most Observations – 124 pemerhatian
• Most Species – 73 spesies
Kejayaan ini melambangkan komitmen beliau dalam menyumbang kepada pemeliharaan biodiversiti dan meningkatkan kefahaman terhadap kepentingan keseimbangan ekosistem.
Perpustakaan Al-Bukhari turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta atas sokongan dan sumbangan mereka. Setiap pemerhatian yang dikongsikan membantu memperkasa ilmu pengetahuan dan kesedaran terhadap keindahan serta keunikan alam semula jadi.
🌿 Every snapshot, every submission makes a difference!

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2)

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2) Collection for library users to obtain past year examination question papers of the University from all of UiTM's faculties Want to score in your final exam? Click on https://ptarapps.uitm.edu.my/login Note: The system only provides exam papers, not ANSWERS SCHEME Check out our teaser: https://youtu.be/zFB2e_xdwSE . #libphg #keluargauitm #uitm #uitmdihatiku #libraryforalll