Skip to main content

MERDEKA BOOKS REVIEW@PAB : Raja & Rakyat Berpisah Tiada

 27 Ogos 2021


MERDEKA BOOKS REVIEW@PAB


Tajuk :

Raja & Rakyat Berpisah Tiada

Penulis :

Halim Ibrahim

ISBN

9789678606592

No. Panggilan :

DS598 .P33 H35 2010

ULASAN BUKU :

Raja dan Rakyat Berpisah Tiada merupakan sebuah buku hasil cetusan idea dan titah daripada kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah Karya ini antara lain mengajak rakyat untuk mengenali sejarah susur galur Kesultanan Pahang yang merupakan kesinambungan kepada Kesultanan Melayu.

Bagaimanapun arus kemodenan menyaksikan keutuhan institusi beraja yang menjadi paksi kekuatan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman tersentak seketika tatkala masyarakat di peringkat nasional sejak kebelakangan ini mula pempersoalkan kedaulatan dan kredibiliti raja-raja Melayu sekarang.


KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah

Justeru ,buku ini merungkai secara terperinci bagaimana raja-raja keseluruhannya termasuk peranan Sultan Ahmad Shah yang berjaya menyatupadukan rakyat di negara ini. karya ini juga secara tidak langsung akan mendedahkan formula disebalik kemajuan yang dicapai oleh negeri Pahang Darul Makmur dan juga merungkai persepsi rakyat terhadap Raja Pemerintah dan persepsi daripada kacamata Raja Penerintah terhadap rakyatnya.

Sesungguhnya Raja dan Rakyat Berpisah Tiada merupakan satu rujukan penting kepada masyarakat ,tanpa mengira asal dan keturunan.Ingatlah bahawa sejarah bangsa bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan dan negeri beraja.

Anda boleh menghubungi Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang di talian (Telefon@WhatsApp 09-4602734) untuk perkhidmatan Books To Door Sevices yang disediakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.



Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2)

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2) Collection for library users to obtain past year examination question papers of the University from all of UiTM's faculties Want to score in your final exam? Click on https://ptarapps.uitm.edu.my/login Note: The system only provides exam papers, not ANSWERS SCHEME Check out our teaser: https://youtu.be/zFB2e_xdwSE . #libphg #keluargauitm #uitm #uitmdihatiku #libraryforalll  

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...