Skip to main content

Ulasan Buku : BIAR BETUL-BETUL : Jikalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya.

   03 Ogos 2021


BIAR BETUL-BETUL : Jikalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya.

Penulis : Bonda Nor & Muhd Kamil Ibrahim
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Tahun Terbitan : 2016
ISBN : 9789830975788
No. Panggilan : BP188.B66 2016

Hasil karya terbaharu Prof MKI bersama Bonda Nor ini mengajak khalayak agar sentiasa menjaga hati. Mereka berbicara dengan hati dan mahu hati khalayak terasa. Saya fikir kedua-duanya berjaya membawa kepentingan hati dalam kehidupan manusia untuk difikirkan secara bersungguh - sungguh.

Rasulullah S.A.W mengingatkan:

Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. 

[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Anda boleh menghubungi Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang di talian (Telefon@WhatsApp 09-4602734) untuk perkhidmatan Books To Door Sevices yang disediakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.
@
Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di


Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2)

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2) Collection for library users to obtain past year examination question papers of the University from all of UiTM's faculties Want to score in your final exam? Click on https://ptarapps.uitm.edu.my/login Note: The system only provides exam papers, not ANSWERS SCHEME Check out our teaser: https://youtu.be/zFB2e_xdwSE . #libphg #keluargauitm #uitm #uitmdihatiku #libraryforalll  

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...