Skip to main content

Ulasan Buku : Keajaiban Istighfar [Daripada Penulis "BERTANYA TENTANG TUHAN"]

     05 Ogos 2021


Keajaiban Istighfar

[Daripada Penulis "BERTANYA TENTANG TUHAN"]

"Tidaklah tergolong orang berdosa, orang yang selalu beristighfar meskipun dia mengulangi perbuatan dosanya sebanyak 70 kali dalam sehari."

(Hadis Riwayat Tirmizi)

Penulis :Majdi Muhammad Asy-Syahawi
(daripada penulis BERTANYA TENTANG TUHAN)
Penerbit : Sarjana Media Sdn. Bhd.
Tahun Terbitan : 2012
ISBN : 9789833786305
No. Panggilan : BP575.C88 M34 2012


Setiap kita pasti pernah melakukan dosa. Yang pasti, tidak ada seorang manusia pun yang luput daripada dosa dan kesalahan. Namun, tahukah kita bahawa Allah Maha Pengampun? Allah SWT memerintahkan kita untuk memohon ampun dan bertaubat kepada-Nya. Mari kita perhatikan firman-Nya dalam al-Qur'an,

"Dan hendaklah kamu memohon keampunan kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya, nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai waktu yang telah ditentukan. Dan Dia akan memberikan kurnia-Nya kepada setiap orang yang berbuat baik. Dan jika kamu berpaling, maka sungguh, aku takut kamu akan ditimpa azab
pada hari yang besar (Kiamat)." 
(Surah Hud 11.3)

Tentunya setelah memohon keampunan daripada-Nya dan bertaubat, kita dituntut untuk memperbaiki kesalahan kita. Jangan sampai kita jatuh ke dalam lubang yang sama. Hal ini sebagai satu bukti kesungguhan kita dalam bertaubat. Dalam bertaubat pun, kita harus memperhatikan beberapa perkara. Semua itu agar taubat kita lebih mantap dan diterima.


Anda boleh menghubingi Perpustakaan Al-Bukhari di Talian (Telefon@WhatsApp 09-4602734) untuk perkhidmatan Books To Door Services yang disediakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang.

@

Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2)

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2) Collection for library users to obtain past year examination question papers of the University from all of UiTM's faculties Want to score in your final exam? Click on https://ptarapps.uitm.edu.my/login Note: The system only provides exam papers, not ANSWERS SCHEME Check out our teaser: https://youtu.be/zFB2e_xdwSE . #libphg #keluargauitm #uitm #uitmdihatiku #libraryforalll  

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...