Skip to main content

3 April 2019

Syabas dan Tahniah.
Majlis Menandatangani MoU di antara UiTM dan Princess Naradhiwas University, Thailand telah disempurnakan oleh YBhg Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM dan YBhg Prof Madya Dr
Rossukon Sangmanee, President Princess of Naradhiwas University (PNU) di Aras 7 , Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam pada 2 April 2019.
Turut hadir bersama YBhg Prof Dr Azhan Hashim, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik ( Menjalankan Tugas-tugas Rektor UITM Cawangan Pahang), Para Jawatankuasa Eksekutif Negeri, Koordinator Unit Komunikasi Korporat dan Ketua Unit Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri.
YBrs Dr Hajah Zainab Mohd Noor, Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa UiTM dan YBrs Datin Nor Mottahatti Mat Noor, Ketua Timbalan Pendaftar ICAEN UiTM turut hadir bersama dalam majlis ini.
Semoga dengan termeterainya MoU ini akan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama akademik dan non akademik di antara UiTM terutamanya UiTM Cawangan Pahang dan PNU di masa akan datang.
Terima kasih di atas usaha ini oleh Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri yang diketuai oleh YBrs Dr Badli Esham Ahmad, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri yang dibantu oleh Dr Hartini Ahmad Rafaie, Penyelaras ICAEN UiTM Cawangan Pahang .








Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2)

Electronic Questions Paper System Version 2.0 (EQPSv2) Collection for library users to obtain past year examination question papers of the University from all of UiTM's faculties Want to score in your final exam? Click on https://ptarapps.uitm.edu.my/login Note: The system only provides exam papers, not ANSWERS SCHEME Check out our teaser: https://youtu.be/zFB2e_xdwSE . #libphg #keluargauitm #uitm #uitmdihatiku #libraryforalll  

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...