Santai Buku PAB@PWTC
Program Read@UNI bertemakan With Knowledge We Lead adalah saranan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kempen meningkatkan galakan membaca di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta bermula 1 Oktober 2018.Justeru itu, Perpustakaan Al-Bukhari memulakan kempen Read@Uni pada 2019 ini dengan membawa pelajar dan staf ke Pesta Buku Antabangsa 2019 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 29 Mac 2019 sehingga 7 April 2019.
Pada 6 April 2019, Perpustakaan Al-Bukhari telah membawa seramai 29 peserta ke PWTC bagi menjayakan program Santai Buku PAB@PWTC.
Peserta yang terpilih adalah mereka yang telah memenuhi 5 syarat penyertaan iaitu:
1. Pinjam 5 buku
2. Tangkap gambar bersama buku di dalam PAB
3. Muat naik gambar di media sosial
4. Review sebuah buku pada link yang diberikan
5. Shoot video di PAB
Poster Santai Buku PAB@PWTC |
Bersama peserta di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur |
Bersama peserta yang terpilih |
Sedikit sesi taklimat sebelum melepaskan peserta ke pesta buku |
Poster #malaysiamembaca |
salah seorang peserta bergambar bersama banner |
Peserta sedang memilih buku |
Comments
Post a Comment