Skip to main content

Sabtu, 13 April 2019

Alhamdulillah selesai CSR : Library Make Over di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Chow Kit hari ini oleh team deko Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang bersama kerjasama JPK Kolej Uitm Cawangan Pahang.
Program ini merupakan antara salah satu slot dalam program "CARE TO SHARE; WITH KNOWLEDGE, WE LEAD!" yang turut melibatkan:
•Slot Make over Pusat Sumber Sekolah oleh team deko Perpustakaan Al-Bukhari,
•Slot Latihan Dalam Kumpulan(LDK) bersama Mahasiswa UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka yang terdiri daripada pimpinan pelajar kolej dan PEERS. LDK ini menekankan aspek ILMU dan KEMAHIRAN adalah antara nilai yang perlu adik adik kuasai dalam perjuangan kehidupan ini.
Sesi LDK ini lebih istimewa dengan jalinan kerjasama Jurulatih Profesional daripada Training Consultant yang merupakan Alumni UiTM.
•Slot Explorace”Learning is FUN” yang merangkumi sesi membaca, mengira dan kerjasama di antara adik-adik peserta selain menambah minat adik-adik peserta untuk membaca di peringkat sekolah lagi.
Moga dengan usaha pimpinan Jpk Tok Gajah dengan kerjasama Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang, JPK KMK 1&2 ini dapat memupuk minat anak-anak peserta Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chow Kit untuk terus mmenimba ilmu dan kemahiran dengan lebih baik lagi.

Team 'Library Make Over'

Kerja mengubahsuai perpustakaan

Proses melabel bahan bacaan


Menyusun buku mengikut subjek

Proses memilih buku yang sesuai

Kerja mengecat dinding perpustakaan

Keadaan rak setelah diubahsuai

Keadaan perpustakaan setelah diubahsuai




Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...