Skip to main content

Program "CARE TO SHARE; WITH KNOWLEDGE WE LEAD" bersama Sekolah BImbingan Jalinan Kasih

13/4/2019. Sabtu

Sisipan program "CARE TO SHARE; WITH KNOWLEDGE WE LEAD" bersama Sekolah BImbingan Jalinan Kasih tempoh hari di website KAMPUS (Aktiviti Kampus).

Image may contain: 1 person, text

Terima kasih kepada team JPK Tok Gajah dan barisan JPK Mat Kilau 1, JPK Mat Kilau dan staf Perpustakaan Al-Bukhari yang terlibat dalam "Make over Pusat Sumber sekolah" dan aktiviti membaca dalam explorace yang telah dijalankan. Moga dengan adanya program seumpama ini dapat menerapkan lagi nilai-nilai mencintai ilmu dikalangan mahasiswa dan berkongsi ilmu dengan masyarakat.
Program yang diadakan selama satu hari ini pada 13 April yang lalu telah melibatkan penyertaan seramai 39 orang pelajar daripada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Chow Kit, 3 orang tenaga pengajar dari sekolah tersebutdan seramai 46 orang pihak urusetia yang diwakili oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kompleks Tok Gajah, Kolej Mat Kilau 1 dan Kolej Mat Kilau 2, termasuklah staf dari Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka. Program inijuga telah melibatkanhubungan jaringan industri bersama pihak luar iaitu jurulatih profesional daripada Syarikat UNO Fikrah Consultant bagi slot Pasakan Minda dan beberapa sesi modul bagi Latihan Dalam Kumpulan sepanjang program ini berlangsung. 

No photo description available.

Program ini diketuai oleh Nur Farah Natasha binti Jeffrey Chung selaku pengarah program dan penasihatnya iaitu Puan Nurfarawahidah binti Badruesham yang juga memegang jawatan sebagai Pustakawan Tingkatan Kanan. Antara objektif utama program ini adalah memupuk semangat membaca dikalangan masyarakat muda serta memantapkan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada, selain daripada menarik minat pelajar untuk berkunjung ke Pusat Sumber Sekolah yang telah diberi sentuhan baharu.
Akhir sekali, semangat kesukarelawan juga dapat dibentuk dalam diri para peserta program disamping menimba sebuah pengalaman yang baharu.  Pada masa yang sama, ia juga dapat melahirkan mahasiswa yang holistik dengan memberi pendedahan dan kesedaran untuk membantu dan membuat kebajikan kepada masyarakat di negara ini.

Image may contain: one or more people and text

Comments

Popular posts from this blog

UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per

Archive Collection : Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021

   20 Disember 2021 Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021 Archive Collection diterbitkan bagi mempromosikan koleksi bahan arkib kepada warga universiti oleh Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang. Diskripsi : Senarai nombor telefon setiap bahagian di UiTM Cawangan Pahang Online Finding Archive (OFA) KLIK SINI   sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di : https://pahang.library.uitm.edu.my/ LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari : https://www.facebook.com/library.uitm.pahang Sekian, terima kasih.