Skip to main content

Makluman Operasi Perkhidmatan Perpustakaan Al-Bukhari secara fizikal

23 Julai 2021 


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam UiTM di hatiku

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Profesor / Dr / Tuan /Puan
Untuk makluman, operasi perkhidmatan perpustakaan secara fizikal akan DIBUKA bermula dari 26 Julai 2021. Namun perkhidmatan ini terhad kepada PELAJAR yang berada di DALAM KAMPUS sahaja. Waktu operasi perkhidmatan perpustakaan secara fizikal adalah seperti berikut:

Bermula 26 Julai 2021 - 12 Ogos 2021
Isnin – Jumaat : 9.00 pagi – 4.30 petang

Sabtu/Ahad/Cuti Umum : TUTUP

Perkhidmatan perpustakaan secara atas talian melalui Perkhidmatan Perpustakaan Digital masih beroperasi seperti biasa (perubahan waktu perkhidmatan tertakluk kepada pindaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa berdasarkan arahan keselamatan dan universiti).
Pemakluman operasi perkhidmatan ini merangkumi Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang iaitu :

1. Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) Kampus Jengka
2. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Raub

Pengguna perpustakaan yang ingin menggunakan perkhidmatan perpustakaan boleh layari laman web rasmi Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang https://pahang.library.uitm.edu.my/


atau hubungi kami di talian seperti berikut :

PAB Kampus Jengka
Aplikasi WhatsApp : 094602734 / 094602108
(Hari bekerja 8:00 pagi-5:00 petang)

PTAR Kampus Raub
Aplikasi WhatsApp : 093515550
(Hari bekerja 8:00 pagi-5:00 petang)

atau Chat with Librarian https://ptar.uitm.edu.my/libchat/

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...