Skip to main content

Ulasan Buku : MERAWAT KEHIDUPAN dengan Ayat-ayat AL-QURAN

 06 Julai 2021


MERAWAT KEHIDUPAN dengan Ayat-ayat AL-QURAN


Penulis : Maulana Ashraf Ali Thanfi
Penerbit : Crescent News [K.L.] Sdn. Bhd.
Tahun Terbitan : 2005
ISBN : 9830615367 / 9789830615363
No. Panggilan : BP166.2.M38 2005

Disebalik peranan al-Quran sebagai petunjuk dan pembimbing manusia dalam hidup dan kehidupan di dunia ini, dan untuk kesejahteraan di akhirat, tersimpan suatu hikmah yang jarang sekali diperhatikan oleh umat Islam masa kini. Hikmah itu adalah peranan al-Quran sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yang beriman, sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Taala bahawa al-Quran itu diturunkan sebagai penyembuh (ubat) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Pengarang buku ini telah berusaha untuk menggali dan menghimpunkan ayat-ayat al-Quran yang boleh dijadikan sebagai ubat dan penawar untuk merawat berbagai masalah yang dihadapi oleh manusia yang beliau beri nama dengan A'mal al-Quran, yang diterjemahkan oleh al-Ustaz Ibnu Muhammad el-Fandahani, agar usaha yang mulia itu akan dapat dinikmati oleh seluruh umat Islam.


Anda boleh menghubungi Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang di talian (Telefon@WhatsApp 09-4602734) untuk perkhidmatan Books To Door Sevices yang disediakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.
@
Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di


 

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...