Skip to main content

Ulasan Buku : Dahsyatnya TAUBAT NASUHA ; Koleksi Kisah Insan yang Mendapat Hidayah Tuhan [Penulis : Ibnu Qudamah Al-Maqdisy]

 12 Julai 2021


Dahsyatnya TAUBAT NASUHA

Koleksi Kisah Insan yang Mendapat Hidayah Tuhan
[Penulis : Ibnu Qudamah Al-Maqdisy] 

Penulis : Ibnu Qudamah Al-Maqdisy
Penerbit : PTS ISLAMIKA Sdn. Bhd.
Tahun Terbitan : 2011
ISBN :9789673661053
No. Panggilan : BP166.79.I26 2011

 Ulasan Buku :

Mereka hanya insan biasa. Mereka sebelum ini pernah melakukan perbuatan keji dan mungkar. Mereka menyembah berhala, melakukan zina, membunuh, meminum arak, bongkak serta berani mencabar perintah Allah.


Akhirnya muncul kesedaran dalam hati, terus mereka cepat-cepat sujud bertaubat menyesali perbuatan lalu. Air mata yang mengalir menjadi saksi keinsafan. Namun, penyesalan yang menggugah kesedaran jiwa dirasakan tidak berguna lagi, lantas hidayah Allah menjadi pengubat duka. Ingin mengetahui bagaimana dahsyatnya taubat mereka? Ikuti kisah mereka yang mungkin berjaya menjentik hati kita supaya bertaubat dan menghindari daripada perbuatan terlarang.


Buku ini merupakan karya Ibnu Qudamah al-Maqdisy. Beliau adalah ulama dan cendekiawan Islam yang terkemuka. Istimewanya, buku ini mengandungi keunikan kisah mereka yang kembali kepada Allah, termasuk taubat para malaikat, nabi-nabi, raja-raja, sahabat nabi, ulama dan orang biasa.


"Wahai orang yang beriman, bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan kamu beragama islam." 
(SurahAli Imran, ayat : 102)

Anda boleh menghubungi Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang di talian (Telefon@WhatsApp 09-4602734) untuk perkhidmatan Books To Door Sevices yang disediakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.
@
Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di





Comments

Popular posts from this blog

UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per

Archive Collection : Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021

   20 Disember 2021 Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021 Archive Collection diterbitkan bagi mempromosikan koleksi bahan arkib kepada warga universiti oleh Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang. Diskripsi : Senarai nombor telefon setiap bahagian di UiTM Cawangan Pahang Online Finding Archive (OFA) KLIK SINI   sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di : https://pahang.library.uitm.edu.my/ LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari : https://www.facebook.com/library.uitm.pahang Sekian, terima kasih.