Skip to main content

PEWARIS ANBIA : Personaliti Tersohor (Sejak 571 Masihi hingga kini)

  05 Julai 2021


PEWARIS ANBIA : Personaliti Tersohor
(Sejak 571 Masihi hingga kini)

Penulis : Khairul Idham & Ramadhan Awang
Penerbit : Mustread Sdn. Bhd.
Tahun Terbitan : 2013
ISBN : 9789670392387
No. Panggilan : BP185.K32 2013

ISLAM tidak pernah kekurangan personaliti kerana terasnya adalah pembangunan manusia. Memahami hakikat itu, buku ini menghimpunkan sebilangan kecil daripada lautan personaliti Islam demi menilai dan menyingkap perjalanan hidup mereka serta menjadikannya iktibar untuk meneruskan kehidupan.

Rentetan perjalanan personaliti ini dapat memberi kesedaran bahawa jiwa yang kecil bukanlah tandingan bagi mereka. Usaha mereka juga bukanlah calang-calang. Bayangkan Imam Baqillani seumur hidupnya telah menulis 70,000 karangan! Membacanya saja belum tentu kita mampu. Apatah lagi berkarya sebanyak itu!

Diharapkan, penulisan buku ini dapat memberi anjakan rasa serta semangat kepada kita untuk menerobos sempadan diri dan menginfakkan potensi yang kita miliki. Suburkanlah benih cinta dan hormat kepada pejuang agama yang tercinta.


Anda boleh menghubungi Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang di talian (Telefon@WhatsApp 09-4602734) untuk perkhidmatan Books To Door Sevices yang disediakan oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.

Sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di :


Comments

Popular posts from this blog

UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per

Archive Collection : Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021

   20 Disember 2021 Tahun 2005, Edisi 54 / Disember 2021 Archive Collection diterbitkan bagi mempromosikan koleksi bahan arkib kepada warga universiti oleh Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang. Diskripsi : Senarai nombor telefon setiap bahagian di UiTM Cawangan Pahang Online Finding Archive (OFA) KLIK SINI   sila ikuti maklumat terkini dilaman web rasmi kami di : https://pahang.library.uitm.edu.my/ LIKE & FOLLOW FACEBOOK Perpustakaan Al-Bukhari : https://www.facebook.com/library.uitm.pahang Sekian, terima kasih.