Skip to main content

BENGKEL PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN BAHAN MENGIKUT STANDARD RDA PUiTM

Perkongsian daripada BENGKEL PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN BAHAN MENGIKUT STANDARD RDA PUiTM 2018 yang telah dihadiri oleh Puan Nurfarawahidah Badruesham bersama staf Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang.


Pada 17 Mei 2018, telah berlangsung Bengkel Pengkatalogan Dan Pengkelasan Bahan Mengikut Standard RDA PUiTM di Bilik IT Perpustakaan Al-Bukhari. Bengkel telah dikendalikan oleh Pn. Nurfarawahidah Badruesham, Pustakawan Kanan yang telah mengikuti kursus di PTAR, UiTM Shah Alam. Seramai 15 orang peserta terdiri daripada staf perpustakaan menghadiri bengkel tersebut. Fokus utama bengkel ditujukan kepada staf unit katalog bagi mengenalpasti maklumat-maklumat baru dalam bidang pengkatalogan dan umumnya kepada staf unit lain  untuk mengambil tahu akan perubahan yang berlaku dalam sistem pembangunan bahan perpustakaan.


Image may contain: Nurfarawahidah Badruesham, screenImage may contain: 9 people, including Razali Jali, Adiku Kudi, Nor FiFi and Eija Azliza, people smiling, indoor

Image may contain: Nurfarawahidah Badruesham, screen and officeImage may contain: 7 people, including Amilin Hashim and Kay Zack Hasbullah, people sitting, office and indoor


Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...