Skip to main content

PROGRAM WORLD QURAN HOUR PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI

Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) bersama Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang  menganjurkan Program World Quran Hour peringkat Uitm Cawangan Pahang seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 07 Jun 2018 (Khamis)
Masa : 11.00-12:00 tengahari
Tempat : Ruang Legar Perpustakaan Al-Bukhari
Pembimbing : Al-Fadhil Ustaz Ibrahim bin Mohd Sobki

Seluruh warga UiTM cawangan Pahang adalah dijemput untuk bersama-sama seluruh warga malaysia dan dunia meluangkan masa selama 1 jam bersama Al-Quran pada masa dan waktu yang sama. Penyertaan mahasiswa juga sangat dialu-alukan.
Kehadiran akan dikira sebagai jam latihan.

Pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadan 1439H, telah berlangsungnya Program World Quran Hour peringkat UiTM Cawangan Pahang yang dianjurkan oleh Perpustakaan Al-Bukhari dan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dengan kerjasama Perpustakaan Awam Jengka. Program yang bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari itu diadakan di ruang legar Perpustakaan Al-Bukhari. Program dimulakan dengan slot soladariti bacaan Surah Al Muzammil oleh Ustaz Muhammad Faridzul Amri Fadzil, manakala slot talaqi, tadabbur & tazakkur di bawah bimbingan Ustaz Ibrahim Mohd Sobki. Seramai 50 orang warga UiTM Cawangan Pahang telah bersama-sama seluruh warga malaysia dan dunia meluangkan masa selama 1 jam bersama Al-Quran pada masa dan waktu yang sama. Penyertaan dalam World Quran Hour adalah inisiatif terbaik mengimarahkan ramadan dalam menzahirkan rasa cinta terhadap al Quran.







Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...