Skip to main content

Team Building


Image may contain: 2 people, including Nurfarawahidah Badruesham, people smiling, people standing, outdoor and nature

Image may contain: 3 people, including Adiku Kudi and Kay Zack Hasbullah, people smiling, people standing, tree, outdoor and nature
Alhamdulillah, Perpustakaan Al Bukhari telah berjaya menjalankan Team Building : 1 Team 1 Sound 1 Voice pada 15 Feb 2018 di Kem Sri Gading, UiTM Caw.Pahang. Program bertujuan untuk memantapkan lagi staf Perpustakaan Al-Bukhari agar mampu meningkatkan kualiti jati diri dan tanggungjawab berpasukan dalam melaksanakan perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Al-Bukhari dan amnya UiTM Cawangan Pahang.
Program turut sama disertai oleh staf dari Unit Hal Ehwal Islam yang turutsentiasa bersama kami dalam melaksanakan aktiviti ceramah dan tazkirah iaitu Ustaz Abu Aufa, Ustaz Faridzul Amri, Ustazah Siti Yuhanis Suhani, Ustazah Arina Saffiee dan puan Sharifah Ismail yang memeriahkan lagi program ini.
Antara objektif program adalah memupuk hubungan yang lebih kukuh dan kesepaduan dalam kalangan staf melalui aktiviti team building, memberi peluang meningkatkan kemahiran kepada staf dalam menilai kekuatan dan kelemahan pasukan seterusnya membantu organisasi kearah kecemerlangan, memastikan pemantapan diri staf dicapai dan dikekalkan sebagai satu pasukan dan organisasi dan meningkatkan penglibatan, komitmen dan motivasi staf dalam mewujudkan suasana harmoni dalam organisasi.
Terima kasih kepada staf Bengkel Industri Perkayuan, Teknologi Perkayuan atas semua kerjasama yang telah diberikan sepanjang program berlangsung.

Image may contain: 8 people, including Intan Mariana, Faridzul Amri, Nor Fatehah and Bob Shah, people smiling, people standing, outdoor and nature
Image may contain: 7 people, including Ibrahim Fikri, Nor FiFi, Sharifah Ismail and Arina Saffiee, people smiling, people standing, tree, outdoor and nature
Image may contain: 7 people, including Siti Yuhanis Suhani, Nad Nadelianur and Razali Jali, people smiling, people standing, tree, child, outdoor and nature
Image may contain: 1 person, standing and outdoor
Image may contain: one or more people, shoes, motorcycle and outdoor


Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...