Skip to main content

Sesi bersama pelajar Interim


Pada 24 Januari 2018, Perpustakaan Al-Bukhari telah menerima kunjungan seramai 260 orang pelajar interim untuk memenuhi keperluan silibus pelajaran mereka. Sesi bermula seawal jam 8.00 pagi di ruang legar Perpustakaan Al-Bukhari 1. Pelajar telah dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi memudahkan sesi pembelajaran dan aktiviti.


Taklimat dan pengisian sesi disampaikan oleh Cik Nurfarawahidah Badruesham, Pustakawan Kanan dan En. Ahmad Fadhil Mohamad Yusof, Pembantu Pustakawan dibantu oleh staf-staf perpustakaan yang lain. Sepanjang sesi berlangsung, pelbagai maklumat berkaitan perpustakaan yang disampaikan bertujuan untuk memastikan pelajar tahu dan mahir menggunakan kemudahan yang disediakan. Sesi berakhir pada jam 10.00 pagi dengan maklumbalas yang positif dari peserta.

Pengisian tertumpu kepada jenis-jenis sumber maklumat yang perlu tahu sebagai mahasiswa UiTM, 10 perkara WAJIB TAHU berkenaan Perpustakaan Al-Bukhari & "how to do citation?"
Sesi ini juga dikendalikan bersama aktiviti praktikal pencarian bahan di rak dan teknik pencarian bahan dengan lebih mudah.

Selamat maju jaya diucapkan kepada pelajar interim bagi sesi kali ini.
Jumpa lagi di Perpustakaan kita ya!!
p/s: Selamat mencari gambar anda 

Image may contain: 6 people, including Zafira Dzulkifli and Raja Airenn, people sitting and indoor
Image may contain: 1 person, sitting
Image may contain: 9 people, including Izzati Abd Rahim, Ieyka Wahab and Ridzuan Ramli, people sitting and indoor
Image may contain: 1 person, standingImage may contain: 2 people, including Aisyah Sulaiman, people sitting, table and indoorImage may contain: 1 person, sitting, table, living room and indoor

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...