Skip to main content

Taklimat keselamatan Bangunan


‘Kecil jadi kawan, besar jadi lawan’. Itu ungkapan yang selalu dikaitkan dengan api. Menyedari kepentingan keselamatan dalam menangani kebakaran, Perpustakaan Al-Bukhari dengan kerjasama Unit Keselamatan dan Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan Taklimat Keselamatan Kebakaran Bangunan pada 29 Januari 2018. Taklimat telah disampaikan oleh PPgB Mohd Aidil Khairim Bin Abdul Wahab, Ketua Balai Bomba Bandar Tun Abdul Razak Jengka bersama PB Mohd Tarmizi Bin Isa.
Pihak bomba memberi penerangan tentang kepentingan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan bagi sebuah bangunan. Peralatan keselamatan juga perlu dipantau secara berkala bagi memastikan peralatan ini sedia untuk digunakan sekiranya kebakaran berlaku. Pihak bomba turut memberikan taklimat pengusian bangunan bagi persediaan Latihan Pencegahan Kebakaran (Fire Drill) yang akan dilaksanakan Mac 2018. Pada akhir sesi taklimat, peserta berpeluang melontarkan soalan dalam sesi soal jawab bersama pihak bomba. Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan kehadiran melebihi 100 orang staf UiTM.

Taklimat Keselamatan Bangunan
Bomba Jengka
29/01/2018
3.00petang- 5.00 petang 



Image may contain: one or more people, people sitting and indoorImage may contain: 5 people, people sitting, table and indoorImage may contain: one or more people, people sitting, screen and indoor
Image may contain: one or more people, people sitting and indoor
Image may contain: one or more people, people sitting and indoor
Image may contain: 1 person, smiling, sitting and indoor



Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...