FREE CLASS bersama vendor IEEE Xplore di bilik IT, Perpustakaan Al-Bukhari.
Pada 18 April 2018, salah satu pembekal pangkalan data
dalam talian UiTM, iaitu IEEE telah hadir di UiTM Jengka bagi menjayakan sesi
perkongsian maklumat berkaitan produk IEEE. Program dijalankan di Bilik IT 1
Perpustakaan Al-Bukhari dengan penyertaan seramai 25 orang termasuk pensyarah
dan staf pentadbiran. Program yang bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir
pada jam 12.30 tengah hari itu telah dikendalikan oleh oleh 2 orang pakar
produk IEEE. Program adalah bertujuan untuk memberi informasi berkaitan produk
IEEE dan kelebihan yang boleh dinikmati oleh pengguna agar penggunaanya adalah
lebih komprehensif.
17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
Comments
Post a Comment