Skip to main content

MISI KEMANUSIAAN

Tanggal 25 Januari 2018 menyaksikan permulaan lembaran tahun 2018 dengan penganjuran Program Misi Kemanusiaan UiTM Cawangan Pahang, Kami Sentiasa Bersamamu oleh Perpustakaan Al-Bukhari. Program kali ini menjemput En. Md. Khairudin Bin Hasim, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) Pahang selaku penceramah yang berkongsi pengalaman beliau serta keadaan sebenar yang berlaku di Syria, Palestin dan Rohingya.
Selain ceramah, pihak MyCARE juga mengadakan jualan amal yang mana hasil kutipan akan disalurkan kepada tabung misi kemanusiaan. Pihak perpustakaan juga telah mengambil inisiatif dengan mengedarkan tabung kutipan sumbangan di masjid-masjid sekitar Jengka, kawasan tumpuan dalam UiTM dan sumbangan peribadi yang diamanahkan oleh individu. Hasil sumbangan telah diserahkan kepada wakil MyCARE oleh Timbalan Rektor HEP, Dr. Fauzi Bin Azmi pada majlis tersebut. Lebih 200 orang peserta yang hadir memberi sokongan terhadap misi kemanusiaan ini yang melibatkan staf dan pelajar UiTM serta guru dan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2.

Moh ke Perpustakaan Al-Bukhari bagi bersama-sama kita mengambil input bersama penceramah daripada MyCare Pahang tentang saudara mara kita di Palestine, Syria dan Rohingya.
9.30 pagi pendaftaran telah dibuka!
Jumpa disana 
Image may contain: 3 people, including Fauzi Azmi, people standing, people sitting, table and indoorImage may contain: 8 people, textImage may contain: 6 people, including Bob Shah, Razali Jali, Aripin Nan and Nur Elina, people smiling, people sitting and indoorImage may contain: 4 people, people sittingImage may contain: 1 person, sittingImage may contain: one or more people, people sitting and indoor

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku : Petua Menangani STRES

  17 November 2020 Tajuk Buku : Petua Menangani STRES Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Muntazah Tumian dan Mahfuzah Omar Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : November 2017 Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata. Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri. Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia per...
UaU ke UHei Penilaian Pelupusan Rekod Unit Arkib Universiti membuat penilaian pelupusan Rekod di  Unit Hal Ehwal Islam,UiTM Cawangan Pahang  pagi ini.

Ulasan Buku : Sebelum Anak Derhaka

19 November 2020   Sebelum Anak Derhaka Penulis : Dr. Sa’ad Karim Penerbit : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Tahun Terbitan : 2011 No. Panggilan : BP173.3.S32 2011 "Sesungguhnya anak-anak kami adalah hati yang ada, Di tengah-tengah kami berjalan di muka bumi; Andaiangin menerpa salah satu dari mereka, Tentu mata kami tidak bias terpejam (penyair)" Barang paling berharga yang dimiliki ibu bapa dan paling dicintai mereka di dunia ini tidak lain tidak bukan ialah anak. Semua orang tua berdia kepada Allah SWT dengan menadah tangan dan merintih agar anak-anak mereka diberkati dan berharap mereka dapat berada di kedudukan yang lebih baik dari mereka. Ibu bapa berasa senang seandainya anak-anak mereka boleh berbakti, taat, menuruti perintah dan akhlak serta mempunyai tingkah laku yang sopan terhadap mereka. Dan sudah pasti hati mereka berasa tidak tenteram seandainya anak yang dikandung selama Sembilan bulan itu derhaka dan tidak mentaati mereka. Buku yang sedang anda tatap ini memapar...